Coretan Ilmu Keterampilan Membaca :)
Jumaat, 10 Mei 2013
Rabu, 8 Mei 2013
Pendekatan dalam Mengajar Bahasa
Pendekatan dalam pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal ini kerana dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca.
Selain itu, pendekatan cerakinan juga sesuai digunakan. Pendekatan ini dikenali sebagai pendekatan analisis. Pendekatan ini didahulukan dengan unsur-unsur yang besar kemudian, unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang lebih kecil yang akan membentuk struktur unsur yang besar tersebut. Pendekatan ini merupakan kebalikan daripada pendekatan binaan. Mula-mula, pelajar diperkenalkan dengan ayat kemudian, ayat dipecahkan kepada perkataan-perkataan dan daripada perkataan tersebut dipecahkan kepada suku kata dan huruf-huruf.
Pendekatan seterusnya ialah pendekatan elektik ataupun dikenali sebagai pendekatan campuran. Ia merupakan gabungan daripada pendekatan binaan dan pendekatan cerakinan. Hal ini bermaksud, pendekatan ini hanya mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut. Kemudian, disesuaikan dengan kebolehan murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. Namun, pendekatan ini mesti dijalankan dengan sistematik bagi mejamin keberkesanannya. Pendekatan ini mempertimbangkan sifat-sifat ejaan fonemik bahasa Melayu, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan dan sebagainya agar pengajaran yang dilakukan berkesan.
Kesimpulannya, pendekatan pengajaran membaca adalah sangat penting bagi menarik minat pelajar dan mendapat input yang berkesan hasil daripada proses pembacaan.
Kemahiran tersebut merupakan satu kelebihan kepada mereka.
Ahad, 5 Mei 2013
Rabu, 24 April 2013
Ahad, 21 April 2013
Belajar Membaca (Proses Membaca)
Assalamualaikum dan salam sejahtera J
Pada kali ini kami akan berkongsi satu lagi tajuk yang
terdapat dalam kursus Keterampilan Membaca iaitu Belajar Membaca.
Apakah yang berlaku ketika seseorang
membaca?
Proses membaca
Terdapat dua proses membaca:
i)
Proses
pengecaman
ii)
Proses
pemahaman
i)
Proses
pengecaman
·
Setelah
mata merakam maklumat visual teks bacaan, proses selanjutnya ialah pengecaman
kata.
·
Proses
pengecaman kata ini berlaku di dalam otak.
·
Pengecaman
perkataan mengikut kaedah fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh
satu huruf tertentu atau gabungan huruf.
·
Manakala
cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman perkataan secara
keseluruhan.
ii)
Proses
pemahaman
·
Selepas
mengecam perkataan, langkah seterusnya dalam bacaan ialah memahami makna.
·
Kita
belajar memahami makna melalui pengalaman.
·
Semasa
kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui, mengaktif daya
ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka. Ia dikenali sebagai
mencari makna (semantic priming).
·
Makna
perkataan tersimpan di seluruh otak dalam satu rangkaian.
·
Setiap
perkataan mempunyai model minda atau struktur semantiknya sendiri. Lebih banyak
seseorang itu membaca, lebih banyak model mindanya.
·
Mencari
makna ialah kesan yang memudahkan makna diberi kepada kata yang telah dicam
terlebih dahulu.
·
Kajian
mengenai mencari makna ini menemukan satu perkara penting dalam proses membaca
iaitu model minda (mental model).
·
Boleh
diandaikan di sini apabila pembaca menjumpai satu perkara baru, mereka akan
bertindak membina model mental berkaitan perkataan tersebut dengan bantuan
model – model yang sedia wujud dalam daya ingatan mereka.
·
Menurut
Smith (1990):
o
kata
yang dilihat dalam bentuk tulisan itu ialah struktur permukaan bahasa iaitu
berbentuk penulisan. Manakala struktur dalaman pula berkait rapat dengan makna
yang dibawa kepada bentuk tulisan yang dapat dilihat oleh otak tadi.
o
Smith
berpendapat bukan perkataan yang membawa makna kepada ayat tetapi ayat yang
memberi makna kepada perkataan. Contohnya: haus
dalam kedua – dua ayat dibawah membawa makna yang berbeza bergantung kepada
konteks ayat.
Ø Tapak kasutnya sudah haus.
Ø Adik minum dua gelas air sejuk kerana
dia sangat haus.
Khamis, 18 April 2013
Teori Membaca
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua pencinta ilmu berkaitan dengan teori membaca. Apa yang dikatakan teori membaca? Berikut di bawah ini serba sedikit ilmu berkaitan dengan teori ini.
i) Model Bottom-Up
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
Tugas utama pembaca
menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis menjadi
bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001) menyatakan bahawa
pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui
berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk
gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan terus ke
otak.
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:
a) memberikan penegasan
pada teks bertulis.
b) membaca dipandu
oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.
c) timbul daripada
bahagian pada keseluruhan teks.
ii) Model Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dan
teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini
melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke
bawah.
Model ini menghuraikan beberapa perkara penting
sebagai panduan iaitu:
a) menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa
kepada teks yang di baca.
b) menyatakan pembaca membaca teks berpandukan makna
teks.
c) timbul daripada aspek keseluruhan teks pada
bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna.
d) dikenali sebagai model ‘Dalam Ke Luar’,
‘Berpandukan Konsep’ atau ‘Keselurahan ke Bahagian’.
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
a) membaca tidak hanya mengekodkan bahasa tulisan
pada bahasa lisan.
b) membaca tidak melibatkan pemprosesan setiap huruf
dan setiap kata.
c) membaca adalah membawa makna dalam teks dan
bukannya mengeluarkan makna daripada teks.
Jadi berikut di bawah ini adalah rumusan berkaitan dengan Model ini
Jadi berikut di bawah ini adalah rumusan berkaitan dengan Model ini
a) menegaskan perkara yang di miliki oleh pembaca
seperti pengetahuan terdahulu dna pengetahuan pada teks yang di baca bagi
tujuan pemahaman.
b) menyatakan yang kefahaman bermula daripada minda
pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan dengan teks yang dibaca.
c) makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks
pada bahagian-bahagian kecil.
iii) Model Interaktif
Model jenis ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain, model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
Model jenis ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain, model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan
cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa
mematuhi mana-mana set arahan. Semua peringkat membaca di gunakan oleh pembaca.
Model ini menggunalan cetakan sebagai input dan
makna sebagai output. Pembaca yang mahir mestilah dapat menggunakan
pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik, bagi menyempurnakan
matlamat.
iv) Model Transactional
Teori ini dipelopori oleh Louise Rosenblatt. Dewey &Bentley (1949) mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan interaksi antara dua perkara yang berasingan yang saling bekerjasama tetapi dua benda menjadi satu.
Teori ini dipelopori oleh Louise Rosenblatt. Dewey &Bentley (1949) mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan interaksi antara dua perkara yang berasingan yang saling bekerjasama tetapi dua benda menjadi satu.
Model
ini di katakan sebagai Model Transactional kerana wujudnya transaksi antara
pengarang, pembaca dan juga teks. Teori ini menjelaskan bahawa pendirian
pembaca akan menentukan pengalaman yang akan diperolehi daripada teks
tersebut.
* Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap. Oleh itu, kejarlah ilmu seberapa daya yang dapat.
Rabu, 3 April 2013
Definisi membaca
Definisi Menurut Tokoh-Tokoh Bahasa
Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143) telah merumuskan definisi membaca sebagai satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa .
Cohen (1990) menyatakan membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks bercetak . Menurut Faridah Rahim (2005) pula beliau mendefinisikan membaca merupakan satu proses pembentukan dan memberi makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca atau pun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dibaca dengan pengalaman latar isi pembaca.
Apa yang dapat disimpulankan daripada definisi membaca menurut tokoh-tokoh bahasa ialah membaca merupakan proses informasi dari teks yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Membaca juga strategi membaca yang afektif menggunakan pelbagai strategi membaca yang sesuai dengan teks dan konteks dalam rangka mengkontraksi makna ketika membaca. Strategi ini bervariasi sesuatu jenis teks dan tujuan bacaan. Selain itu, membaca merupakan intrektif kerana penglibatan pembaca dengan teks tergantung kepada konteks biasanya orang yang membaca sesuatu teks yang bermanfaat akan menemui beberapa tujuan yang ingin dicapainys sehingga terjadi interaksi antara pembaca dan teks.
Kesimpulannya makna membaca ialah merupakan satu proses yang kompleks yang mengabungkan aspek pengetahuan, kebolehan kemahiran-kemahiran mental dan kemahiran fizikal. Pengetahuan yang dimaksudkan mencakupi bahasa ialah sesuatu bahan yang dibaca. Bentuk penulisan yang merangkumi ejaan serta tatabahasa terhadap bahan, isi kandungan atau latar belakang tentang bahan yang hendak dibaca.
Langgan:
Catatan (Atom)