Rabu, 24 April 2013


Masalah bacaan dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini amat dititikberatkan. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan sehingga menyebabkan tsebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.
 

Masalah dalam membaca terbahagi kepada dua aspek, iaitu:


Masalah dalam membaca berpunca daripada faktor diri pembaca itu sendiri yang 
dikatakan faktor semualajadi yang dimilki oleh mereka.


Dari segi intelek terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kecerdasan, kebolehan bahasa dan pengetahuan sedia ada yang merangkumi minat, motivasi dan konsep diri.
Dari segi fizikal pula dikategorikan kepada data penglihatan dan daya pendengaran manakala persekitaran berdasarkan di rumah dan di sekolah.
Masalah dalam membaca turut berpunca daripada faktor bahan bacaan, iaitu seperti rajah di bawah:-


Jenis-jenis masalah membaca

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) Membuang atau meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya "buah" disebut "uah", "kering" disebut "kerin". Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

"Buku itu sangat tebal."  dibaca sebagai "Buku itu tebal".
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti "mengandungi" disebut "mengandung" dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)


Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya "ladang" disebut "lalang". Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh yang dapat dilihat ialah:-

"Bala" disebut "laba", manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: "Dia makan nasi" dibaca sebagai "Dia nasi makan", dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) mencerakinkan suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,

h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k) tidak boleh membaca langsung.

 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis masalah membaca, anda boleh merujuk:-

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

Mengatasi Masalah dalam Pembacaan
Masalah ini boleh di atasi dengan menfokuskan kepada perkara yang perlu diambil perhatian dan menjalankan program intervensi. Perkara yang perlu diberi perhatian apabila mengajar murid yang mempunyai masalah membaca dicerakinkan kepada tiga peringkat, iaitu kelas umum, kelas pertengahan dan kelas menengah.

1. Kelas umum
 2. Kelas pertengahan



3. Kelas  menengah


Kes-kes masalah membaca

Pelbagai masalah membaca yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah ekoran faktor dalaman ataupun faktor luaran individu itu sendiri. Antara kes yang dikenal pasti ialah masalah pelajar yang pandai membaca namun mereka mempunyai masalah dalam memahami isi kandungan teks daripada bahan yang dibaca sepertimana yang disediakan oleh guru. Untuk mengetahui permasalahan ini dengan lebih terperinci, anda boleh merujuk laman ini:

Kesimpulannya, masalah membaca sememangnya menjadi masalah yang serius jika guru atau ibu bapa tidak menggalakkan perkembangan kanak-kanak kerana sebahagian besar daripada mengalami masalah disleksia atau sebagainya yang boleh mengakibatkan masalah dalam membaca atau mengenalpasti lambang-lambang yang dilihat untuk diterjemahkan dalam bentuk ujaran. Hal ini demikian kerana, setiap kanak-kanak mempunyai tahap keupayaan literasi yang berbeza dan persekitaran yang sedia ada akan membantu meningkatkan kefahaman dan kebolehan mereka dalam menghadapi masalah membaca.
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan