Pendekatan dalam Mengajar Bahasa
Pendekatan dalam pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal ini kerana dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca.
Selain itu, pendekatan cerakinan juga sesuai digunakan. Pendekatan ini dikenali sebagai pendekatan analisis. Pendekatan ini didahulukan dengan unsur-unsur yang besar kemudian, unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang lebih kecil yang akan membentuk struktur unsur yang besar tersebut. Pendekatan ini merupakan kebalikan daripada pendekatan binaan. Mula-mula, pelajar diperkenalkan dengan ayat kemudian, ayat dipecahkan kepada perkataan-perkataan dan daripada perkataan tersebut dipecahkan kepada suku kata dan huruf-huruf.
Pendekatan seterusnya ialah pendekatan elektik ataupun dikenali sebagai pendekatan campuran. Ia merupakan gabungan daripada pendekatan binaan dan pendekatan cerakinan. Hal ini bermaksud, pendekatan ini hanya mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut. Kemudian, disesuaikan dengan kebolehan murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. Namun, pendekatan ini mesti dijalankan dengan sistematik bagi mejamin keberkesanannya. Pendekatan ini mempertimbangkan sifat-sifat ejaan fonemik bahasa Melayu, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan dan sebagainya agar pengajaran yang dilakukan berkesan.
Kesimpulannya, pendekatan pengajaran membaca adalah sangat penting bagi menarik minat pelajar dan mendapat input yang berkesan hasil daripada proses pembacaan.
Kemahiran tersebut merupakan satu kelebihan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan