Rabu, 24 April 2013


Masalah bacaan dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini amat dititikberatkan. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan sehingga menyebabkan tsebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.
 

Masalah dalam membaca terbahagi kepada dua aspek, iaitu:


Masalah dalam membaca berpunca daripada faktor diri pembaca itu sendiri yang 
dikatakan faktor semualajadi yang dimilki oleh mereka.

Ahad, 21 April 2013

Belajar Membaca (Proses Membaca)


Assalamualaikum dan salam sejahtera J

Pada kali ini kami akan berkongsi satu lagi tajuk yang terdapat dalam kursus Keterampilan Membaca iaitu Belajar Membaca.

Apakah yang berlaku ketika seseorang membaca?


Proses membaca
Terdapat dua proses membaca:
i)                    Proses pengecaman
ii)                  Proses pemahaman

i)                    Proses pengecaman
·         Setelah mata merakam maklumat visual teks bacaan, proses selanjutnya ialah pengecaman kata.
·         Proses pengecaman kata ini berlaku di dalam otak.
·         Pengecaman perkataan mengikut kaedah fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf.
·         Manakala cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman perkataan secara keseluruhan.

ii)                  Proses pemahaman
·         Selepas mengecam perkataan, langkah seterusnya dalam bacaan ialah memahami makna.
·         Kita belajar memahami makna melalui pengalaman.
·         Semasa kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui, mengaktif daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka. Ia dikenali sebagai mencari makna (semantic priming).
·         Makna perkataan tersimpan di seluruh otak dalam satu rangkaian.
·         Setiap perkataan mempunyai model minda atau struktur semantiknya sendiri. Lebih banyak seseorang itu membaca, lebih banyak model mindanya.
·         Mencari makna ialah kesan yang memudahkan makna diberi kepada kata yang telah dicam terlebih dahulu.
·         Kajian mengenai mencari makna ini menemukan satu perkara penting dalam proses membaca iaitu model minda (mental model).
·         Boleh diandaikan di sini apabila pembaca menjumpai satu perkara baru, mereka akan bertindak membina model mental berkaitan perkataan tersebut dengan bantuan model – model yang sedia wujud dalam daya ingatan mereka.
·         Menurut Smith (1990):
o   kata yang dilihat dalam bentuk tulisan itu ialah struktur permukaan bahasa iaitu berbentuk penulisan. Manakala struktur dalaman pula berkait rapat dengan makna yang dibawa kepada bentuk tulisan yang dapat dilihat oleh otak tadi.
o   Smith berpendapat bukan perkataan yang membawa makna kepada ayat tetapi ayat yang memberi makna kepada perkataan. Contohnya: haus dalam kedua – dua ayat dibawah membawa makna yang berbeza bergantung kepada konteks ayat.
Ø  Tapak kasutnya sudah haus.
Ø  Adik minum dua gelas air sejuk kerana dia sangat haus.



Khamis, 18 April 2013

Teori Membaca


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua pencinta ilmu berkaitan dengan teori membaca. Apa yang dikatakan teori membaca? Berikut di bawah ini serba sedikit ilmu berkaitan dengan teori ini.

i) Model Bottom-Up
Tokoh utama teori ini ialah Gough (1972). Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenalpasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca secara berterusan. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulakan dengan mengecam huruf, mengekod pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.


Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengkod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996). Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjuk gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan terus ke otak.
Antara perincian yang ditekankan di dalam teori ini ialah:

a) memberikan penegasan pada teks bertulis.

b) membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari maklumat.

c) timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks. 

ii) Model Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi  bergerak dari atas ke bawah.

Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan iaitu:

a) menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa kepada teks yang di baca.

b) menyatakan pembaca membaca teks berpandukan makna teks.

c) timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya  mewujudkan makna.

d) dikenali sebagai model ‘Dalam Ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep’ atau ‘Keselurahan ke Bahagian’.
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:

a) membaca tidak hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan.

b) membaca tidak melibatkan pemprosesan setiap huruf dan setiap kata.

c) membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks.
Jadi berikut di bawah ini adalah rumusan berkaitan dengan Model ini

a) menegaskan perkara yang di miliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dna pengetahuan pada teks yang di baca bagi tujuan pemahaman.

b) menyatakan yang kefahaman bermula daripada minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan dengan teks yang dibaca.

c) makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.  



iii) Model Interaktif
Model jenis ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model-model lain, model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Semua peringkat membaca di gunakan oleh pembaca.
Model ini menggunalan cetakan sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca yang mahir mestilah dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik, bagi menyempurnakan matlamat.


iv) Model Transactional
Teori ini dipelopori oleh  Louise Rosenblatt. Dewey &Bentley (1949) mengatakan bahawa pembelajaran tidak hanya merupakan interaksi  antara dua perkara yang berasingan yang saling bekerjasama tetapi dua benda menjadi satu.
Model ini di katakan sebagai Model Transactional kerana wujudnya transaksi antara pengarang, pembaca dan juga teks. Teori ini menjelaskan bahawa pendirian pembaca akan menentukan pengalaman yang akan diperolehi daripada teks tersebut. 

* Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap. Oleh itu, kejarlah ilmu seberapa daya yang dapat.

Rabu, 3 April 2013

Definisi membaca

 Definisi Menurut Tokoh-Tokoh Bahasa

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143)  telah merumuskan definisi membaca sebagai  satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa .

    
Cohen (1990) menyatakan  membaca memerlukan  kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks bercetak . Menurut Faridah Rahim (2005) pula beliau mendefinisikan membaca merupakan satu proses pembentukan dan memberi makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca atau pun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dibaca dengan pengalaman latar isi pembaca.

Apa yang dapat disimpulankan daripada definisi membaca menurut tokoh-tokoh bahasa ialah membaca merupakan proses informasi dari teks yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Membaca juga strategi membaca yang afektif menggunakan pelbagai strategi membaca yang sesuai dengan teks dan konteks dalam rangka mengkontraksi makna ketika membaca.  Strategi ini bervariasi sesuatu jenis teks dan tujuan bacaan. Selain itu, membaca merupakan intrektif kerana penglibatan pembaca dengan teks tergantung kepada konteks biasanya orang yang membaca sesuatu teks yang bermanfaat akan menemui beberapa tujuan yang ingin dicapainys sehingga terjadi interaksi antara pembaca dan teks.

Kesimpulannya makna membaca ialah merupakan satu proses yang kompleks yang mengabungkan aspek pengetahuan, kebolehan kemahiran-kemahiran mental dan kemahiran fizikal. Pengetahuan yang dimaksudkan mencakupi bahasa ialah sesuatu bahan yang dibaca. Bentuk penulisan yang merangkumi ejaan serta tatabahasa terhadap bahan, isi kandungan atau latar belakang tentang bahan yang hendak dibaca.